3.31.2012

Bosan

Hai .. Assalamualaikum... apa khabar kawan-2 blogger sihat ... bagus-2 kalau sihat hari ni tak tahu kenapa rasa bosan yang amat, nak jalan-2 takda kawan , nak  makan belum lapar , nak menyanyi suara tak sedap HAHA jangan ketawa , nak tidur tak pula mengantuk nak apa lagi ya hahaha , ermmm okkay la sampai sini saja , tiada mood nak panjang kan text ni haha k byee, terima kasih baca saya punya text yang kurang menarik haha  



3.05.2012

SEDIH

Assalamualaikum... hyee all.. jarang-jarang @ kadang-kadang ni saya update blog, macam berhabuk sikit saya punya blog, hatcummm (bersin) haha, k kembali pada tajuk, tak tahu lah malam ni kenapa secara tiba-tiba aku rasa sedih, nak nangis aku ni lelaki buat malu saja kalau aku nangis haha adohaiii, kenapa kenapa kenapa perlu ada rasa sedih :( .. ya tahu rasa sedih ni m'mang patut ada pada setiapa manusia, sebab kalau tiada perasaan sedih itu bukan manusia tapi makhluk asing haha (ketawa paksa), k lah aku tak sanggup dah nak tulis text panjang-2 sebab pembaca aku nanti bosan ntah apa yg aku tulis ni haha , k la byee senyum dalam kesedihan :)  :(

2.28.2012

Cinta tak boleh di paksa

Tipu jika cakap kita tak pernah mengalami proses mengenai cinta. Kekadang ia masih bermain di dalam fikiran kita. Kekadang kita melihat seseorang kita sukai lalu hadapan kita, kita rasa seronok. Hendak tegur segan di tambah pula batasan agama.

Prinsip perigi mencari timba adalah satu analogi seseorang untuk ketemu seseorang dan menzahirkan cinta.Kekadang seseorang tak reti untuk menzahirkan rasa cinta kepada manusia, lebih senang , malu berkata-kata di hadapan dan senang hanya menulis di dalam email atau ym.

Bagaimana proses untuk ketemu seseorang?
Itu kamu kena cari sendiri la, ingatlah nak mencari cinta kena ada batas-batas nya. Kita ada agama. Fikirlah agama sebagai tunjang kehidupan di tambah dengan fikiran. Insha Allah.

jika seseorang tak mahu dengan kita, anggap sebagai satu fitrah di dalam kehidupan kita.Jangan berputus asa segera berdoa kepada Allah SWT.Semoga di ketemukan jodoh yang benar-benar serasi dengan kita.


Jika kita menerima
"Cinta Tak Boleh Di Paksa"


Ukirkanlah senyuman dan balas kembali kata-kata itu

2.15.2012

Jodoh ada tiga jenis jodoh

Assalamualaikum hoho wan nak cakap tentang  Jodoh tadi aku copy&paste kat kawan haha tapi kamu pun suka juga kan apa-2 yg best mesti kamu mahu copy&paste jangan la menipu ahaa okkay baca lah haha

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


                                                THANKS SEBAB BACA

2.09.2012

BOSAN BOSAN DAN BOSAN :(

Assalamualaikum .... hyee teman-2 ku yg hansem-2 dan yg cantik-2 (mata kat atas tangankat atasbahu) :D, hari ni cerah sangat-2 (hujan skejap je) haha,walaupun hari cerah + hujan sikit (macam mana tu lain-2 cuacanya) haha  herrrrrrrrmmmmmmmmmm amboi panjang "herm" aku haha, banyak dah celoteh aku (saja nak panjangkan text haha) okkay-2 kembali kat title aku BOSAN BOSAN DAN BOSAN korang tahu kenapa wan bosan pasti korang tak tahu  kan haha :D :D, wan bosan sebab tiada benda nak buat semua kerja dah siap aku laksanakan biasalah budak lepasan spm :) , balik-2 on9 FB dan TWITTER (@Qhairieqhwan) promote jap,macam mana tak bosan kan kan kan :D, ermm okkay lah sampai kat sini je bye bye :) :)

2.03.2012

Tanda-tanda Seorang lelaki benar-benar mencintai perempuan


Assalamualaikum. . . hyee lama dah wan tak update blog balik-2 buzy jadi tak sempat,ermm blog wan dah berhabuk sikit ahaha  (auuutttcumm bersin) :D boleh jadi selesema wan di buatnya haha,wan ada nak share ni harap korang suka ya kalau tak suka tak mengapa :) btw lepas baca click like ya hehe :D :D
 
 
1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap.
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri.
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya pacar kerana baginya selagi belum berkahwin tidak se...mestinya jodoh.
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati.
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya'.
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda.

Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000 !! Jadi hargailah lelaki yg benar-benar mencintai anda

12.26.2011

renungkanlah wahai wanita ♥



Assalamualaikum…Korang pernah tegur rakan-rakan korang yang tak menutup aurat nie?Kalau pernah mungkin salah satu alasan kat bawah nie pernah rakan korang bagi.Kat bawah nie jugak ada jawapan bagi alasan dorang yang entah pape nie…

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...