12.26.2011

renungkanlah wahai wanita ♥



Assalamualaikum…Korang pernah tegur rakan-rakan korang yang tak menutup aurat nie?Kalau pernah mungkin salah satu alasan kat bawah nie pernah rakan korang bagi.Kat bawah nie jugak ada jawapan bagi alasan dorang yang entah pape nie…

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
 

8.25.2011

lawak jenaka

Senyum
1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..h a
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan? "

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan
apabila selesai berdoa, jika
kegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah

10 wanita paling kejam di dunia

Assalammualaikum . .

( gambar berdasarkan nombor teks ) 1-10 . 


1) :




  • merupakan pembunuh bersiri yang paling kejam di Amerika Syarikat. Dia berasal dari Norway dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Ramai beranggapan bahawa kematian 2 orang suami dan anaknya adalah sebab dibunuh oleh Belle.
  • Motif utama pembunuhan Belle adalah untuk pampasan insurans. Terdapat laporan bahawa Belle telah membunuh lebih dari 20 orang dalam masa beberapa tahun. Belle Gunness merupakan wanita kejam didalam kes jenayah AS.

 6) :  

10) :


  • Mary Ann ialah pembunuh bersiri dari British yang telah membunuh lebih 20 orang menggunakan arsenik. Dia telah berkahwin dengan dengan William Mowbray semasa berumur 20 tahun. Mereka pindah ke Plymouth, Devon dan disitu, Mary Ann telah melahirkan 5 orang anak, tetapi 4 orang anak mereka meninggal dunia kerana sakit perut dan radang perut. Setelah itu, mereka berpindah ke bahagian timur laut dan Mary Ann telah melahirkan 3 orang lagi anak. Namun, ketiga-tiga mereka juga mati.
  • Pada Januari 1865, William telah meninggal dunia kerana masalah usus. Sebelum itu, William telah membeli insurans di Syarikat Insurans Prudential di British dan apabila kematiannya, Mary Ann telah mendapat insurans sebanyak 35 pound.
  • Namun, kes yang sama juga telah berlaku pada suami kedua mary Ann, iaitu George Edward dan juga salah seorang anak mereka disebabkan masalah usus. Setelah seorang lagi anaknya meninggal dunia, suratkhabar mula mengambil perhatian peristiwa tersebut lalu membuat siasatan.
  • Mereka mendapati bahawa Mary An asyik berpindah rumah di sekitar British dan telah kehilangan 3 orang suami, seorang kekasih, seorang kawan, ibunya dan 12 orang anak. Punca utama semua si mati adalah sakit perut. Pada 24 Mac 1873, Mary Ann dijatuhkan hukum gantung di penjara Durham.

7) : 
  • Ilse Koch merupakan isteri kepada komander di perkemahan Bunchenwald(1937-1941) dan perkemahan Majdanek(1941-1943) iaitu Karl Koch. Ilse terkenal dengan perbuatan yang suka menyimpan kulit tatoo tahanan gantung.
  • Tahanan penjara menamakan Ilse sebagai ‘The Witch Of Bunchenwald‘ atau ‘The Beast Of Bunchenwald’ kerana kekejamannya mendera tahanan. Pada 1937, Ilse telah menggunakan kuasanya sebagai Isteri komander kem tahanan tersebut dengan mendera tahanan didalam khemah. Ilse telah membunuh diri di penjara wanita Aichach pada tahun 1967.

 8) :
  • Grese merupakan seorang pekerja di perkemahan Nazi dan telah digelar ‘Wanita jahat Belsen’. Irma melakukan kekejaman dengan menyeksa banduan seperti membiarkan anjing mengigir banduan sehingga mati, membunuh dan merotan.
  • Selain itu, Irma Grese juga telah menembak banduan dengan bebas, menghantar banduan kedalam bilik gas beracun yang mengakibatkan banyak banduan yang mati dan mengalami masalah mental dan fizikal.

 9) : 
  • Katherine merupakan seorang wanita kejam dari Australia.Pada oktober 2001, Katherine telah membunuh suaminya iaitu Johan Charles Price dengan menikamnya dengan pisau. Terdapat lebih 37 kesan luka pada badan price apabila mayatnya dijumpai.
  • Setelah membunuh Price, Knight mengopek kulit Price dan menggantungkanya pada pintu bilik, lalu memotong kepala Price dan menyimpannya dalam sebuah botol. Selain itu, dia juga telah memotong daging dari bahagian punggung suaminya dan dijadikan hidangan sup daging untuk anaknya.
  • Knight telah mencatatkan langkah2 yang dilakukannya. Knight akhirnya telah dihukum penjara seumur hidup dan menjadi wanita pertama Australia yang dipenjara untuk seumur hidup. Padan muka ko setan…..
1. Queen Mary I(1516-1558)
2. Myra Hindley(1942-2002)
3. Isabella dari Castlile(1451-1504)

4. Beverly Allitt(1968-)
5. Belle Gunness(1859-1931)
6. Mary Ann Cotton(1832-1873)
7. Ilse Koch(1906-1967)
8. Irma Grese(1923-1945)

9. Katherine Knight(1956-)
10. Elizabeth Bathory(1560-1614)



  • Elizabeth(juga dikenali sebagai ‘wanita ganas‘) ialah seorang bangsawan dari Hungary dan terkenal sebagai pembunuh bersiri dalam sejarah Hungaria dan Slovakia.
  • Sejak kematian suaminya, Eizabeth dan 4 orang rakan sejenayahnya didakwa telah menyeksa serta membunuh ramai budak dan gadis perempuan. Kebanyakkan mangsa mereka adalah budak perempuan yang berasal dari kampung yang ingin menjadi orang gaji Istana.
  • Setelah itu, Elizabeth mula membunuh gadis yang berasal dari keluarga kaya yang dihantar oleh ibu bapa mangsa ke istana untuk belajar cara laku kesopanan. Antara keganasan yang dilakukan oleh Elizabeth dan gengnya adalah : merotan mereka sehingga mati, membakar dan memotong kedua2 belah tangan, mencederakan bahagian muka dan bahagian sulit, megigit muka, lengan atau bahagian lain dan membiarkan mangsa mati kelaparan. Selain itu, Elizabeth menggunakan jarum untuk menyeksa mangsanya.

  • merupakan seorang jururawat bahagian pediatrik di British yang juga dikenali sebagai ‘Angel Of Death’. Dia telah menyeksa dan membunuh 4 orang kanak2 di bahagian pediatrik di Hospital Grantham dan Kesteven. Cara pembunuhan Beverly adalah dengan menyuntik kalium dan insulin sehingga menyebabkan mangsa mengalami kardioplegik.
  • Jika tiada alat penyuntikan, Beverly akan mencekik mangsa tersebut sehingga mati. Sebelum perbicaraan, Beverly telah mengancam untuk membunuh 13 orang kanak2 dalam masa 58 hari dan ancaman ini telah mengorbankan lebih 4 kanak2.
  • Tiada siapa pun tahu tujuan Beverly melakukan pembunuhan. Tetapi ada yang mengatakan bahawa dia menghidap sindrom Munchhausen yang mengakibatkan perbuatan kejamnya itu.
5) :
  • seperti yang diketahui ramai, Isabella merupakan penaja utama kepada Christopher Columbus untuk menyeberangi lautan Atlantik dan sampai ke Amerika Syarikat.. Walaupun nampak baik, tetapi Isabela merupakan seorang ratu yang anti Islam dan Yahudi.
  • Pada tahun 1942, Isabela telah mengeluarkan akta pengusiran dan pembunuhan  umat islam dan yahudi di Sepanyol. Pada masa itu, lebih 200 ribu orang yang meninggalkan Sepanyol manakala penduduk lain menukar agama. Pada tahun 1974, Paus Paul IV telah mengadakan upacara kerahmatan untuk Isabella bertujuan supaya roh Isabella dapat menuju ke arah kesucian. Hmm…
 4) :
  • Myra Hindley dan temannya iaitu Brady merupakan pembunuh bersiri yang terkenal zaman tersebut. Brady dan Hindley telah menculik 3 orang budak yang berumur diantara 10-12 tahun dan juga 2 orang remaja yang masing masing berumur 16 dan 17 tahun dari Manchester lalu melakukan penderaan terhadap mereka sebelum membunuh mereka.
  • Brady dan Hindley merakamkan jeritan mangsa pada audio kemudian menyimpan audio tersebut. Kalaulah masa tu hanset..mesti dorang letak kat facebook..
3) :
  • Mary(anak sulung kepada Henry VIII) telah naik taktha mengantikan Jane Grey dan telah menjadi monarki keempat dinasti Tudor sebelum Elizabeth I. Semasa pemerintahannya, Mary telah mejadikan  Britain sebagai negara katolik Roma.
  • Demi menjadikan negara british sebagai negara katolik roma, Mary telah menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa sahaja yang membangkang ideanya. Disebabkan kekejamannya yang menyebabkan ramai penganut katolik mati, dia kemudian digelar ‘Bloody Mary‘.
 2) :

7.08.2011

10 KATAK unik di dunia

Assalamualaikum. . . . heyyyyy u all........ korang apa khabar okay ke @ ko hehehe wan main-main je lah wan harap korang bek-bek belaka ye n senyum selalu,ermmm wan ada nak kongsi ni ia tentang katak hehehe,katak yg pelbagai nama,bentuk badan dan warna heee

1. Katak Pelangi

Katak Pelangi Malagasy adalah katak yang tinggal di hutan kering berbatu Madagaskar's Isalo Massif, dimana ia berkembang biak di kolam dangkal sementara yang ditemukan di lembah. Jenis ini juga beradaptasi dengan mendaki dalam lingkungan berbatu-batu, dan bahkan pada permukaan vertikal! Ketika terancam, katak ini akan mengembangkan diri sebagai mekanisme pertahanan terhadap predator.

2. Katak Transparan

Hyalinobatrachium pellucidum, juga disebut sebagai katak kaca atau kristal karena sobat dapat melihat melalui dagingnya yang transparan. Jenis ini tidak baru, tapi yang pasti terancam punah, sehingga Temuan ini menggembirakan bagi lingkungan.

3. Katak Atelopus

Katak Atelopus yang dikenal dengan banyak nama seperti katak badut atau Kosta Rika Variable Harlequin Toad. Katak, tersebut adalah jenis katak neo-tropis yang dulunya hidup cukup luas tersebar di seluruh Kosta Rika dan Panama. Spesies ini terancam kritis dan sekarang hanya tinggal sedikit terutama tersisa hanya di Panama.

4. Katak Terkecil Di dunia

Katak ini ditemukan di Pegunungan Andes Peru selatan, dengan ketinggian antara 9.925 dan 10.466 kaki di atas permukaan laut.

5. Katak Terbesar Di dunia

Katak Goliath atau Conraua goliath adalah spesies katak terbesar yang tersisa di Bumi. Katak ini dapat tumbuh hingga 13 inci (33 cm) panjang dari moncong hingga ekor, dan bobot hingga 8 lb (3 kg). Katak ini memiliki kisaran habitat yang relatif kecil, terutama di Afrika Barat (dekat Gabon). Katak Goliath dapat hidup sampai 15 tahun. Katak goliath makan kalajengking, serangga dan katak kecil. Kodok ini memiliki pendengaran tajam tetapi tidak punya kantung vokal.

6. Katak Mantel Merah

Memiliki Mantel Merah oranye / merah di permukaan dorsal/tubuh. Katak kecil ini, mencapai ukuran 2,5 cm (1 in) panjangnya. Ukuran ini adalah kecil, katak ini merupakan katak darat asli Madagaskar.

7. Katak Beracun

Katak beracun dengan warna seperti biru safir, adalah nama umum dari sekelompok katak dalam keluarga Dendrobatidae yang merupakan katak asli Amerika Tengah dan Selatan. Tidak seperti kebanyakan katak, spesies yang aktif di siang hari, dan sering menunjukkan tubuh berwarna cerah.
Walaupun semua dendrobatids setidaknya agak beracun di alam liar, tingkat toksisitas bervariasi dari satu spesies ke berikutnya, dan dari satu populasi yang lain. Banyak spesies yang kritis dan terancam punah. Amfibi ini sering disebut "katak panah" oleh pribumi indian akibat penggunaan sekresi beracun mereka untuk meracuni ujung panahnya.

8. Katak Bantal

Katak bantal dapat tumbuh hingga enam inci panjang dan mendiami Uruguay, Brasil, dan Argentina utara. Walaupun mungkin terlihat seperti bantalan diam, namun katak itu cepat dalam menyerang kadal, tikus kecil, burung, katak lain.

9. Katak Darwin

Katak Darwin chili cukup teratur muncul hingga sekitar tahun 1978, namun tidak tampak lagi dan hal itu tampaknya telah hilang, dan sekarang mungkin spesies punah.
Spesies ini, yang hidup di daun sampah di lantai hutan, memiliki metode yang tidak biasa dalam hal pengasuhan anak-anaknya, jantan mengambil telur dari sarang ke vokalnya kantung tempat mereka menetas menjadi kecebong setelah sekitar delapan hari.
Ketika mulai merasakan kecebong yang baru menetas menggeliat-geliat, katak jantan membawa mereka ke sungai di mana ia melepas katak muda dan di sini mereka menyelesaikan metamorfosisnya.

10. Katak Vietnam

Theloderma corticale, atau katak berlumut Vietnam, adalah spesies katak dalam keluarga Rhacophoridae. Katak ini ditemukan di Vietnam dan mungkin Cina. Habitat alamnya subtropis atau hutan dataran rendah tropis yang lembab, hidup dalam air tawar, dan daerah berbatu.
Nama umum dari katak berlumut timbul dari kenyataan bahwa kulit yang berbintik-bintik hijau dan hitam yang menyerupai lumut tumbuh di batu, dan bentuk yang efektif kamuflase atau penyamaran.
TERIMA KASIH KERANA BACA :-) :-)

CERITA SEDIH

Assalamualaikum. . . . hye hye hye korang apa khabar??? Wan harap korang sentiasa gembira n senyum selalu,Wan nak citer citer pasal 3 orang sahabat ni nama mereka si A,si B n si C


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?


si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita

lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,
dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA




7.01.2011

Tip dapatkan berat ideal

Assalamualaikum. . . . . salam 1 MALAYSIA korang apa khabar wan harap korang bek2 belaka ya hehehe  errmmm wan ada tip camne nak dapatkan berat ideal ni hehehe

1.Makan hanya apabila duduk atau berada di meja atau ruang makan.

2.Makan dengan perlahan.

3.Lakukan kegiatan seperti berjalalan kaki atau menelefon kawan untuk mengelakkan anda  dari m'makan
   snek.

4.Makanlah tiga hidangan utama dan snek rendah lemak dan berkhasiat setiap hari.

5.Elakkan diet yang menjanjikan penurunan berat yang terlalu cepat.

6.Minumlah 6-8 gelas air kosong setiap hari.

7.Jangan makan ketika melakukan aktiviti seperti menonton televisyen atau membaca surat khabar.

8.Elakkan dari membeli makanan yang tinggi kalori seperti bedegel,donut,karipap atau kuih yang dibuat
   dengan santan.

9.Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.Ianya berkesan untuk
   menurunkan berat badan.

10.Sertakan senaman yang boleh menguatkan otot seperti angkat berat.

korang cuba la mna tahu berhasil :-),TERIMA KASIH KERANA BACA


                                                 

6.25.2011

5 JENIS CINTA

Assalamualaikum :-)
Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa,mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza.cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti.samada melalui kata2 mahupun perbuatan.Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang,namun hanya sekadar ungkapan sahaja,tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.Namun pun begitu cinta itu sendiri terbahagi kepada beberapa jenis cinta,terpulang kepada orang yang melontarkan kata2 cinta itu sendiri.Dan di antaranya ialah.... jeng jejeng hehehe......

1.CINTA SAYANG
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab.Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai,atau bertukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama.Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab,nafsu berahi dan jalinan yang kuat.Cinta ini ramai tidak sedari,kerana ia lahir secara tiba2.

2.CINTA BUTA
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi.Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab.Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja.Di lubuk hati masi lagi dalam curiga antara hendak atau tidak.Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka,Tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3.CINTA SIMPATI
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya.Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati.Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta.Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4.CINTA PARAS RUPA
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja.Cinta ini pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman.Lahir dan batin tidak akan sama,mungkin cantik diluar busuk didalam.Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran.Perlu selami hati hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5.CINTA ROMANTIK
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang.Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu.Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat.Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.


                                                       BYE BYE BYE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...