6.25.2011

5 JENIS CINTA

Assalamualaikum :-)
Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa,mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza.cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti.samada melalui kata2 mahupun perbuatan.Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang,namun hanya sekadar ungkapan sahaja,tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.Namun pun begitu cinta itu sendiri terbahagi kepada beberapa jenis cinta,terpulang kepada orang yang melontarkan kata2 cinta itu sendiri.Dan di antaranya ialah.... jeng jejeng hehehe......

1.CINTA SAYANG
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab.Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai,atau bertukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama.Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab,nafsu berahi dan jalinan yang kuat.Cinta ini ramai tidak sedari,kerana ia lahir secara tiba2.

2.CINTA BUTA
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi.Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab.Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja.Di lubuk hati masi lagi dalam curiga antara hendak atau tidak.Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka,Tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3.CINTA SIMPATI
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya.Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati.Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta.Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4.CINTA PARAS RUPA
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja.Cinta ini pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman.Lahir dan batin tidak akan sama,mungkin cantik diluar busuk didalam.Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran.Perlu selami hati hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5.CINTA ROMANTIK
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang.Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu.Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat.Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.


                                                       BYE BYE BYE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...